Wednesday, December 31, 2008

KELICAP'S CORNER

Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi Komuniti KELAB BOLASEPAK KELICAP versi ke-5 ala-ala Blog. Versi kali ini menggunakan blog je..agak mudah sikit nak upload dan membuat sebarang pengeditan. Diharapkan anda benar-benar berasa puas dengan apa yang kami paparkan buat masa ini. Segala kesulitan dan gangguan ketika melayari Laman Web ini atas risiko anda sendiri. Segala tanggungjawab diletakkan bebannya ke atas anda kerana tangan anda adalah sebagai kuasa segala-galanya....Laman web ini dicadangkan untuk pembinaannya pada reunion atau perjumpaan kali pertama di Kuala Lumpur. Syukur dengan komitmen ahli-ahli kelicap, laman ini berjaya disiapkan sepenuhnya dan telah diubahsuai sebanyak lima (5) kali termasuk ruangan yang sedia ada ini. Semoga kewujudan laman web ini silaturahim antara pemain-pemain kelicap sekaligus graduan-graduan made in Jordan dapat dieratkan dengan lebih dekat lagi...

Tuesday, December 30, 2008

SEJARAH KELICAP FC


MA HADATHA FI MITHLI HAZAL YOEM! : Kelicap FC ditubuhkan pada tahun 1997 di Universiti Al al-Bayt, Jordan. Ianya diasaskan oleh Abu Bakar (Burn) yang merupakan salah seorang mahasiswa di universiti tersebut. Komitmen yang telah ditunjukkan oleh beliau telah disokong oleh beberapa mahasiswa lain di situ, maka terbentuklah kesebelasan pasukan bolasepak yang diberi nama Kelicap FC. Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang asal-usul pemberian nama kelab bolasepak ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ianya berasal dari buah mulut seorang mahasiswa (Zaki Hilwan atau dikenali sebagai Kid and Din) di situ. Idea ini dipersetujui, maka terhasillah nama kelab bolasepak yang merupakan nama seekor burung ini. Permulaan yang agak baik ketika mula menyertai beberapa perlawanan, walaupun turun sebagai pasukan underdog. Penyertaan pada tahun 1997 membolehkan Kelicap FC muncul juara kejohanan bolasepak Piala Jemputan Mafraq dengan menewaskan GASUM FC. Tahun 1998 merupakan tahun kegemilangan Kelicap yang mana telah berjaya menyandang juara sebanyak 3 kali berturut-turut pada kejohanan Piala Kedutaan. Begitu juga Piala Asia, walaupun ianya disertai oleh negara-negara lain seperti Jordan, Indonesia, Thailand, Saudi Arabia, Filipina dan sebagainya, namun Kelicap FC berkali-kali berjaya menjejak kaki ke semi final dan juga final. Namun begitu, perjuangan kelab ini tidak berakhir begitu sahaja. Tahun 2000, muka-muka baru telah diserap untuk menyertai kelab ini. Dengan kehadiran muka-muka baru ini, Kelicap FC tetap digeruni oleh lawannya. Setelah sekian lama, pemain-pemain ini kembali ke sarang. Pemain-pemain veteran dan baru telah bergabung menjadi satu kelab yang unggul dan kekal hingga bila-bila.